Hari ni hari ke lapan sekolah. Tapi aku rasa macam dah lapan bulan, aku mulakan sesi persekolahan aku pada tahun ni. Boleh dikatakan bosan nak mampus !
Aku dimasukkan ke kelas 4 sc 1. Mungkin disebabkan oleh result PMR aku yang agak memberangsangkan. Berapa A aku dapat ? Entah ke berapa ribu kali aku menjawab soalan ini. Aku mendapat 7A 1B dalam PMR. Apa yang B ? Uh, mungkin kau tak nak tahu HAHA.
Memulakan sesi persekolahan dengan banyak perkara baru yang harus dipelajari membuatkan aku cepat berasa bosan dengan keadaan sekeliling ! Kawan-kawan di kelas baru terlalu membosankan. Mereka hanya diam diam dan diam. Mungkin juga kerana aku yang tak pernah serious ketika berada dalam kelas membuatkan aku berasa tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk turut serta mendiamkan diri. Pada hari keempat persekolahan pula, aku telah dikejutkan dengan satu perkara baru yang tak pernah aku lalui selama ini. Kerja sekolah yang diberi oleh guru terlalu banyak sehingga aku berasa amat tertekan dengan keadaan tersebut. Selama ini aku selalu menangguh-nangguhkan kerja sekolah yang diberi oleh guru, tetapi sekarang aku berazam untuk sentiasa bersemangat dalam mengerjakan kerja sekolah yang diberi oleh guru ! HAHA :D Mungkin azam ini tidak akan berkekalan. 2-3 bulan selepas ini mungkin tabiat buruk aku kembali lagi, siapa tahu ?
Dan aku juga sudah mula untuk menyukai matapelajaran fizik dan biologi. Sesuatu yang baru bagi semua pelajar tingkatan 4 seperti aku. Pada mulanya aku menganggap matapelajaran fizik dan bio itu sesuatu yang sukar, tetapi tanggapan itu salah. Ianya akan menjadi mudah jika dipelajari dan difahami.
Mungkin sampai di sini sahaja contengan aku pada kali ini.
* Gila ah, aku guna ayat baku siot ! Tak boleh blah =_='
